Sunday, December 15, 2013

POST yg di DELETE....

Assalamualaikum..... lama yer xupdate BLOG nie...org yg baca pun sapa jer kan...hehe..
entry nie ditulis adalah nak bagitau kenapa byk entry2 yg lepas sudah xda....sapa yg pembaca setia lah kan...hehe

Okey dgn azam yg baru Blog nie akan mempaparkan ssuatu yang berguna shaja contoh perkongsian Ilmu shaja.. In Shaa Allah.... 

Mungkin selama nie saya nie Jahil dan menulis pun benda2 yang banyakyer mengarut sahaja....
pada mulanya nak tutup jer Blog nie...tapi bila2 fikir-fikir balik xper lah teruskan jelah utk tulis blog nie...tapi dgn konsep yang berbeza....

 In Shaa Allah saya akan kongsikan Ilmu2 yang saya dapat semasa dalam ceramah atau kuliah yang saya hadiri atau menonton di TV dan Youtube..

Penulisan saya mungkin tidak bagus tapi saya harap orang yang yg baca itu faham apa yang disampaikan..hehe...

In Shaa Allah saya akan aktifkan balik penulisan Blog ini..... semoga penulisan Blog selepas ini menjadi penyebaran Ilmu dan akan menjadi saham akhirat saya.....In Shaa Allah.

Yang benar..
Hamba Allah 


Tuesday, February 19, 2013

Penggunaan yg Betul....



Assalamualaikum…. Setelah sekian lama aku tidak update blog nie….dah bersawang rupanya...
bukan apa sejak pindah kerja baru ini banyak kerja pulak....huhuhu...

Okey hari nie aku kongsi tentang cara pengunaan Kalimah Subhanallah, Alhamdullilah, Mashaallah, Astaghfirullah... INI kerana aku melihat RAMAI org salah memgunakan kalimah2 ini.... sama ada di Facebook mahupun didalam Drama2 TV..... 


Entry nie aku akan terangkan secara simple maksud kalimah2 ini....



Subhanallah

1. Melihat sesuatu yang indah/cantik/hebat.

Mashallah
1.Digunakan untuk perkara yang menggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara


Astaghfirullah

3. Perkara mendukacitakan


Alhamdullilah
1. Setelah selesai melakukan sesuatu perkara...
2. Bersyukur dengan apa yg diperolehi...




» MasyaAllah – Allah Maha Agung
» Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
» SubhanAllah – Maha Suci Allah
» Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah
>> Alhamdullilah -Syukur kepada Allah



p/s: Jadi, jom kita sama-sama menggunakan kalimah-kalimah tersebut di tempat yang sepatutnya dengan betul. 


nota kaki: jikalau ada salah mohon tegur....


Wednesday, November 30, 2011

Pesanan aku.....

Tetiba xda aral melintang aku nak tulis nie....entah tiba-tiba jer...korg jgn pelik....aku lagi lah pelik npa aku nk tulis ini..... selamat membaca... ;)

Bunyi tajuk pun macam sedih jer kan....huhuhu
Andai aku tiada dunia nie......aku ingin semua media sosial aku di delete....seperti Facebook,Friendster,Blogspot,Myspace,Flixter and apa lagi ek??pe2 yg berkaitan dgn aku lah.....
kerana aku xnak org lain menagisi permergianku(ada ke)hahaha....sedekahkan doa pun dah bahagia ku rasa..... ;)....
aik napa tulis cam nie ek??....hahhaa aku pun tak tau....

Aku nak semua pic aku yg da didalam FB,Myspace,Blog,friendster yg korang punya yang ada publishkan gambar aku.....mintak DI DELETE......tambah2 ada gambar yg aku tak pakai tudung yg mndedahkan rambutku itu,....wehhh yang tue WAJIB DELETE yer korg n kalu yg da simpan pic aku pun mintak di DELETE yg xpakai tudung n xtutup aurat yer!!.....kesian kat aku kt kubur nanti hari2 wat dosa kering.....huhuhu....

Email n password :aku akan tinggallkan didalam sebuah Al-Quran yg aku slalu baca tue -aku selitkan dimuka srat belakang...yang hanya boleh bukak adalah FAMILY aku sahaja terutama akak sulung aku...huhuhu.... andai dye xbaca pesanan nie..harap sapa2 yang baca mintak sampaikan kt dye okey..... ;)

Akhir kata....andai ingat kat aku...jangan nangis.....sedekahkan Al-fatihah....doakan tuk aku sejahtera disana....huhuhu........ Mintak maaf kepada Mak Abah andai anakmu nie banyak berdosa..halalkan makan minum selama ini.....dan kaum kelurga mintak maaf yer sumer..... kepada rakan2 mintak maaf sangat2 yer korang andai diri nie banyak menyakitkan hati korang.....

Tiada apa yang ingin ditulis...selain MINTAK MAAF dan halalkan makan minum yer semua......Teme kasih kpd siapa yg mbaca n sebarkan ini pesanan..... ;)

Jangan Nangis.....senyum jer.......

Writter
Nur Asmahani Saaidin (naniey)
- 1.12.2011
- 11.45 am (kat opis)hehehe....

pelik tapi benar...hehehe..... ;)

Monday, November 21, 2011

ya Allah........ampunkan dosa ku.........

Aku tersedar setelah membaca entry ini kt seorg blogger......... teme kasih kpd blogger tesebut...... http://naniey11.blogspot.com/

copy n paste....

Hari Kehancuran


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Setelah aku membace entry nie....aku terasa ya Allah banyak yer dosa aku selama nie.....ya Allah ampunkan dosa ku ya Allah.....insan yg kedil lagi hina inie......
semoga aku menjadi umatmu yg dirahmati didunia dan akhirat......amin ya robal alamin......

Thursday, November 17, 2011

13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak nasihat atau tegur kawan-kawan korang yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ker?-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah (Nota: manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat dari Allah SWT)



2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. (Nota: Gi baca 4 Golongan Lelaki dibawa wanita ke neraka

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. (Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan yang lebih baik)


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. (Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang, ingatlah perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. (Nota: Dunia ni memang satu pentas untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang kekal abadi)





Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


JUST COPY N PASTE : http://melayukini.net/2011/10/13-alasan-kenapa-perempuan-enggan-tutup-aurat/#






Sunday, November 13, 2011

BAWANG pun da MESIN.....mari lihat....ajaib...

Alkisahnya,....mak aku suruh kupas bwang n then buat sup....paham kan untuk buat sup da kuantiti yg byk mmerlukan bawang yg byk....n aku nie bapok r malasyeer....lantas mak yg ku membeli satu MESIN....

Jeng Jeng Jeng.......INI DYE!!



mula-mula mesti ada bawang dulu....huhu


                                                    
                         Inilah Mesin yer....huhuhu (PELIK X....sekali pandang cm pengasah pencil)



Untuk nampak lagi lebih detail......



                                                  Mula-mula letak bawang yg sedia dikupas.....



  Lepas tue......putarkan pemegang tue mcm nk asal pencil ....huhu sgt teruja apabila first time buat.....huhuhu




        So inielah hasilyer.........best kan.....xpayah nk hiris dengan pisau.....btw mesin nie berharga RM 20   jer....mak aku beli dekat pasar malam semperna anak-2 perempuan dye pemalas nk kupas bawang...kahkahkahakah........best kan dapat Mak yg memahami.....lalalalala

Thursday, April 21, 2011

APABILA BAS MEREMPIT....

kali nie aku nak bercerita pasal bas!!

perjalanan aku balik dri dro pahang ke KL...mari kita tengok BAS nie!!

dasyat kan BAS-BAS kat PAHANG...huhuhu so da berani you nak merempit??bas nie mmg power..dari Karak smpai lah kat Bentong...aku tengok BAS nie saling kerja mengejar...so aku cadangan bahawa wat filem BAS REMPIT lak!!...yelahh nk tengok perasaan penumpang BAS nie....best ker??.